suria

Najib Tiba Di Kelantan

KOTA BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pukul 2  untuk menghadiri beberapa majlis.

Najib disambut Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Jazlan Yaakub dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Baharu untuk menghadiri satu majlis di situ.

Najib yang juga Presiden UMNO turut dijadual merasmikan persidangan  perwakilan UMNO Bahagian Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lubok Jong di Pasir Mas.

Sebelum itu, Najib merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di Terengganu. 

Kelantan, Umno

Artikel Lain