Subra Menang Jawatan Presiden MIC - Semasa | mStar

Subra Menang Jawatan Presiden MIC

Dr S. Subramaniam bersama penyokongnya ketika proses pemilihan jawatan Presiden MIC yang baharu di bangunan ibu pejabat parti itu pada Jumaat. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr S. Subramaniam diumumkan menang jawatan tertinggi dalam MIC tanpa bertanding.

Pegawai Pengurus Pemilihan MIC, Datuk B. Sagadevan membuat pengumuman itu di hadapan ratusan ahli di luar ibu pejabat parti di sini, Jumaat.

Terdahulu proses penamaan calon bermula pada pukul 4.30 petang.

Sementara itu diluar bangunan MIC wujud kekecohan dengan satu kumpulan menyokong Dr Subramaniam dan yang lain dikatakan penyokong bekas presiden, Datuk Seri G. Palanivel.

MIC , S Subramaniam , G Palanivel

Artikel Sebelum

Badan Baharu Pantau PPR - Najib

Artikel Berikut

Wanita Samun Pekerja Kedai Serbaneka

Artikel Berkaitan

Artikel Lain