Saya Ada Lokus Standi Isu 1MDB - Khairuddin - Semasa | mStar

Saya Ada Lokus Standi Isu 1MDB - Khairuddin

PETALING JAYA: Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mempertahankan tindakannya membuat aduan dan menyerahkan semua bukti yang didakwa mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pejabat Peguam Negara Switzerland.

Tegasnya beliau mempunyai lokus standi yang kukuh untuk mendapatkan campur tangan pihak luar membabitkan skandal syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

"Kes skandal 1MDB ini dananya bergerak dan hilang melalui beberapa buah negara.

"Jadi saya mempunyai hak serta lokus standi untuk membuat laporan polis di negara-negara tersebut," katanya menerusi posting terbaharu di Facebook pada Jumaat malam.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa cadangan sesetengah pihak yang mengundang campur tangan luar untuk menyelesaikan skandal 1MDB adalah tidak masuk akal.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN) itu berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan perkembangan penyiasatan 1MDB tidak boleh terlalu emosi sehingga terdesak cuba menggunakan pihak luar.

Mengulas lanjut Khairuddin mengemukakan cabaran untuk berdebat dengan Abdul Rahman berhubung skandal 1MDB.

"Anjurkan perdebatan saya dengan Rahman Dahlan mengenai kes 1MDB. Syaratnya ia mesti disiarkan secara terus-menerus melalui mana-mana stesen televisyen agar rakyat boleh hakimi siapa bercakap benar dan siapa kaki penipu," katanya.

Sebelum ini Khairuddin pernah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BN) kerana mendakwa berlaku ketirisan dalam pentadbiran 1MDB.

Bagaimanapun beliau kecewa dengan maklum balas yang diberikan agensi berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

NGO Dakwa Peserta Bersih 'Dibayar'

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain

Nelayan temui duit dalam perut ikan

Messi gantung but 2021?