suria

Letupan Bangkok: Wisma Putra Sahkan Kematian Empat Rakyat Malaysia

Lee Tze Siang (kiri) dan anak perempuannya, Lee Jing Xuan terbunuh, manakala isterinya Neoh Ee Ling terselamat.
PETALING JAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa empat rakyat Malaysia telah terkorban dalam insiden letupan bom berhampiran Kuil Erawan di Bangkok.

"Kementerian mengesahkan bahawa terdapat dua orang lagi warganegara Malaysia telah terkorban  dalam insiden letupan bom di daerah Ratchaprasong, Thailand pada Isnin menjadikan jumlah mangsa warganegara Malaysia yang terkorban sehingga kini seramai empat orang.

"Dua rakyat Malaysia tersebut adalah mendiang Lee Tze Siang dan anak beliau, mendiang Lee Jing Xuan, kini ditempatkan di Police General Hospital dan Hospital Chulalongkorn Bangkok bagi urusan bedah siasat.

"Dua mangsa insiden ini iaitu Mendiang Lim Saw Gek dan anak beliau Mendiang Neoh Jai Jun telah dikenal pasti," kata kementerian dalam satu kenyataan akhbar pada Selasa.

Antara yang cedera adalah Neoh Hock Guan, yang menerima rawatan di Police General Hospital. 

"Ini menjadikan bilangan mangsa rakyat Malaysia yang cedera meningkat kepada tiga."

Kementerian Luar Negeri telah mengesahkan komitmennya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan akan terus berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung insiden ini.

Bilik Gerakan Insiden Letupan juga telah dibuka.

letupan bom Bangkok, kuil Erawan

Artikel Lain