suria

Letupan Bangkok: Empat Mangsa Terkorban Dari Keluarga Yang Sama

BUTTERWORTH: Tujuh mangsa rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden letupan bom di Bangkok adalah dari keluarga yang sama.

Keluarga tersebut dimaklumkan bahawa empat daripada tujuh mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Ahli perniagaan Visen Lim Gim Seong, 46, seorang rakan rapat mangsa berkata, keluarga tersebut sepatutnya kembali ke tanah air pada Selasa.

Katanya, beliau mengenali keluarga tersebut sejak 10 tahun lalu kerana mereka duduk berjiran.

"Keluarga tersebut berlepas ke Bangkok pada Sabtu dengan menggunakan kereta api dan sepatutnya kembali pada pagi Selasa," katanya Lim ketika ditemui pemberita di luar perkarangan rumah mangsa di Taman Dedap di sini.

Lim berkata, bukan sesuatu yang pelik bagi keluarga itu melancong bersama-sama kerana mereka pernah berbuat demikian sebelum ini.

Ahli keluarga mangsa masih dalam keadaan terkejut dan enggan bercakap kepada pemberita.


letupan bom, Bangkok

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain