Penganggur Liwat Kanak-Kanak Tadika Dipenjara 10 Tahun, Enam Sebatan - Semasa | mStar

Penganggur Liwat Kanak-Kanak Tadika Dipenjara 10 Tahun, Enam Sebatan

KUALA LUMPUR: "Saya mahu tertuduh dihukum penjara selama yang mungkin, saya tidak mahu dia mengulangi perkara sama terhadap kanak-kanak lain pada masa akan datang," rayu ibu mangsa kes liwat di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin.

Dalam keterangan impak yang dibacakan jurubahasa mahkamah, ibu kepada anak yang berusia enam tahun yang diliwat itu berkata, beliau sedih dan marah kepada tertuduh yang menyebabkan anaknya trauma dengan kejadian liwat itu.  

"Anak saya juga tidak mahu balik ke rumah saya dan pengasuh," katanya. 

Terdahulu, Hakim Datin M. Kunasundary menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan terhadap penganggur, Adam Shafiq Malik Faisul, 29, selepas dia mengaku bersalah meliwat seorang kanak-kanak lelaki yang baru pulang dari sekolah, dua minggu lepas. 

Mahkamah memerintahkan Adam Shafiq menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 5 Ogos lepas.

Lelaki itu didakwa melakukan seks luar tabii ke atas kanak-kanak tadika berusia enam tahun di sebuah unit rumah pangsa di Cheras di sini antara 1.30 tengah hari hingga 2 petang, 5 Ogos, mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat.

Mengikut fakta kes, ketika kanak-kanak itu pulang dari sekolah hendak ke rumah pengasuhnya di rumah pangsa itu, tertuduh telah menarik mangsa yang baru keluar dari lif dan membawa kanak-kanak itu ke rumahnya.

Selepas meliwat mangsa, tertuduh membawa mangsa ke bilik air kerana mangsa ingin membuang air besar, kemudian tertuduh sempat memandi dan memakaikan bedak ke badan mangsa sebelum pengasuh kanak-kanak itu menjumpainya.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Sew Ping memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana kesalahan dilakukan itu adalah serius. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara yang minimun tetapi menambahkan hukuman sebatan ke atasnya dan memohon mahkamah memberinya peluang untuk memperbaiki diri.

Artikel Sebelum

Konspirasi Tidak Berfaedah - Rafidah

Artikel Berikut

Bersih 4.0 Tak Perlu Jumpa Saya - KPN

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain