suria

Pemuda Umno Perlu Jadi Benteng Tangkis Cubaan Pecah Belah Parti

Khairul Azwan Harun

TAWAU: Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun mahu anggota pergerakan itu sentiasa bersedia menjadi benteng untuk menangkis sebarang cubaan memecah-belahkan parti.

"Kita adalah hulubalang. Kita bertanggungjawab menjadi benteng pertahanan kepada parti.

"Jadi adalah penting untuk kita menghormati dan mempertahankan pemimpin serta perlu menangkis segala tohmahan yang dilemparkan kepada parti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Tawau di sini, Jumaat.

Khairul Azwan turut meminta anggota Pemuda supaya sentiasa menghormati pemimpin, yang telah menjadi amalan tradisi Umno dalam mengukuhkan parti dan ia perlu diteruskan agar menjadi ikutan dan contoh kepada generasi pewaris kepimpinan.-- Bernama


Artikel Lain