Tindakan Terhadap Pegawai SPRM Tiada Kaitan Tugas Hakiki - KP Perkhidmatan Awam - Semasa | mStar

Tindakan Terhadap Pegawai SPRM Tiada Kaitan Tugas Hakiki - KP Perkhidmatan Awam

zabidi

PUTRAJAYA: Tindakan terhadap dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini tidak berkaitan dengan tugas hakiki pegawai SPRM berkenaan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, beliau berkata, tindakan yang diambil terhadap kedua-dua pegawai SPRM berkenaan adalah berdasarkan kepada Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam iaitu Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Mohamad Zabidi menjelaskan pegawai SPRM adalah anggota perkhidmatan awam serta tertakluk kepada Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam khususnya berkaitan dengan kelakuan dan tatatertib.

Sehubungan itu, katanya, pegawai SPRM juga hendaklah mematuhi antara lain larangan memberi apa-apa pernyataan umum untuk apa-apa tujuan seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).

Selain itu, pegawai SPRM juga tertakluk kepada Kod Etika Kelakuan SPRM yang secara jelas, antara lain melarang pegawai SPRM membuat pernyataan umum tanpa kebenaran Ketua Pesuruhjaya SPRM atau meluahkan apa-apa rasa tidak puas hati kepada SPRM dan kerajaan secara terbuka, katanya.

"Ini termasuk larangan untuk memberikan apa-apa pandangan yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai terhadap anggota pentadbiran kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang lain," katanya.

Mohamad Zabidi berkata, satu perjumpaan antara Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, beliau sendiri, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Mustafar Ali; Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob telah diadakan pada 10 Ogos.

Beliau berkata, perjumpaan tersebut membincangkan perihal tindakan yang diambil terhadap Bahri dan Rohaizad adalah berdasarkan kepada Perintah Am dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam iaitu Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Isnin lepas, Ali membatalkan pertukaran dua pegawai SPRM itu ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan dikembalikan ke jawatan asal masing-masing di SPRM berkuat kuasa pada hari yang sama.

Mohamad Zabidi Zainal , SPRM

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain