Seorang Tertuduh Alami 'Prejudis Keras' Semasa Perbicaraan Kes Bunuh Sosilawati - Semasa | mStar

Seorang Tertuduh Alami 'Prejudis Keras' Semasa Perbicaraan Kes Bunuh Sosilawati

Sosilawati Lawiya.

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Tinggi 'berprejudis keras' terhadap seorang daripada empat tertuduh yang disabitkan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya semasa perbicaraan, demikian Mahkamah Rayuan diberitahu pada Rabu.

Peguam, M. Stanislaus Vethanayagam yang mewakili R.Kathavarayan berhujah bahawa peguam baharu anak guamnya Hasshahari Johari Mawi tidak diberi masa mencukupi untuk mengamblil alih peranan sebagai peguam bela.

Pada awal Disember 2012, peguam Ravi Nekoo menarik diri daripada mewakili  Kathavarayan selepas keterangannya (Kathavarayan) di mahkamah berbeza dengan arahan yang diberikan kepada beliau (Ravi).

Kathavarayan memberitahu mahkamah bahawa bekas majikannya, N.Pathmanabhan berada di ladang pada hari pembunuhan dikatakan berlaku tetapi keterangannya bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh dua orang lagi tertuduh T.Thilaiyalagan dan R. Matan yang memberi keterangan bahawa Pathmanabhan tidak berada di ladang pada hari berkenaan.

Lima peguam mewakili Kathavarayan sejak perbicaraan di Mahkamah Tinggi hingga perbicaraan di Mahkamah Rayuan.

Stanislaus berkata, hakim perbicaraan meneruskan prosiding walaupun Hasshahari tidak membawa apa-apa dokumen mahkamah, kecuali laporan polis.

Beliau berkata, hakim tergesa-gesa melantik peguam baharu bagi Kathavarayan dan menekankan bahawa peguam harus bersedia dalam masa kurang 10 hari, yang merupakan amalan luar biasa dalam melaksanakan budi bicara.

"Hampir 90 saksi telah memberi keterangan membabitkan 10,000 muka surat nota keterangan. Ia adalah mustahil walaupun bagi peguam-peguam terbaik dengan kepantasan membaca untuk membaca dan memahaminya," kata beliau.

Peguam itu turut mempersoalkan sama ada Kathavarayan berada dalam keadaan sihat kerana dia kelihatan kurang sihat sepanjang masa perbicaraan itu.

"Dia dimasukkan ke hospital lebih dua bulan. Ini berlaku selepas dia didakwa. Terdapat bukti mengenai penyeksaan teruk dan rawatan kurang memuaskan semasa ditahan hampir 50 hari.

"Beberapa kali semasa perbicaraan, dia batuk dengan teruk sehinggakan hakim perbicaraan memberitahu mahkamah bahawa dia perlu dihantar ke hospital kerana khuatir mereka yang berada di mahkamah akan terkena jangkitan Tibi," katanya sambil menambah kata Kathavarayan akhirnya didiagnosis menghidap Tibi.

Stanislaus berkata, tiada satupun perkembangan itu termasuk kemasukan Kathavarayan ke hospital, direkodkan dalam nota keterangan yang dianggap penting untuk menunjukkan ketidakhadirannya selain dia tidak tahu tentang prosiding itu.

"Kathavarayan tercicir keterangan-keterangan itu dan peguam baharu yang mengambil alih tidak mempunyai akses terhadap nota keterangan pada perbicaraan peringkat ini," kata beliau.

Menurutnya, Kathavarayan harus dibebaskan kerana berlakunya salah laksana keadilan terhadap anak guamnya itu.

Selain itu, katanya mahkamah harus mempertimbang untuk mengadakan semula perbicaraan.

Bekas peguam Pathmanabhan, 45, dan pekerja ladang Thilaiyalagan, 23, Matan, 24, dan Kathavarayan, 35, memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabit dan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka kerana membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos, 2010.

Perbicaraan itu di hadapan barisan panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Aziah Ali, bersambung pada Khamis.

Sosilawati Lawiya

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain