Anggota Badan Kanak-Kanak Enam Tahun Lebam Dipercayai Dipukul Guru - Semasa | mStar

Anggota Badan Kanak-Kanak Enam Tahun Lebam Dipercayai Dipukul Guru

Gambar hiasan.

LUMUT: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun mengalami beberapa kesan lebam pada anggota badannya dipercayai dicubit dan dipukul guru sekolah tadika Ayer Tawar, di sini Khamis lepas. 

Mangsa, S. Abinisha mengadu kepada ibunya, K. Jeevarani, 29, selepas mengalami kesakitan di bahagian kaki kiri dan perutnya sebaik pulang dari tadika berkenaan kira-kira 6.15 petang. 

Jeevarani yang memeriksa badan anaknya itu terkejut melihat beberapa kesan lebam dan bertanya kepada anaknya punca kesan lebam tersebut. 

"Sebaik sahaja anak saya sampai di rumah, dia menangis dan mengadu kakinya bengkak. Katanya dia dipukul dan dicubit gurunya," katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Seri Manjung di sini, Isnin. 

Suri rumah itu berkata kejadian itu pertama kali berlaku ke atas anak perempuannya itu yang belajar di tadika berkenaan sejak tiga tahun lepas.

"Kejadian itu diakui guru terbabit yang mendakwa memukul dengan menggunakan pembaris plastik dengan alasan anak saya tidak pandai Matematik dan bertindak sedemikian kerana menganggap Abinisha seperti anak sendiri.  

"Walaupun mereka (pihak tadika) mengakui kesalahan, namun alasan yang diberikan tidak munasabah dan saya tidak mahu kejadian sama berulang kembali kepada anak saya mahupun kanak-kanak lain," katanya. 

Jeevarani telah membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Tawar, pada hari yang sama sebelum menghantar anaknya ke Hospital Seri Manjung untuk pemeriksaan lanjut.      

Abinisha kini menerima rawatan di wad kanak-kanak di hospital berkenaan.

lebam dipukul guru

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Malaysia Hantar Penyiasat Ke Maldives

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain