suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penganggur Rompak Kedai Guna Pistol Palsu Ditahan

GEORGE TOWN: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan ke atas kedai serbaneka dengan menggunakan pistol palsu ditahan, pada Khamis.

Turut dirampas daripada penganggur berusia 33 tahun itu ialah empat paket kecil dadah, 20 biji pil dadah, sepucuk pistol tiruan bersama kelopak peluru, pisau panjang, pisau pemotong kertas dan sebatang besi panjang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata lelaki itu ditahan di flat di Paya Terubong, Air Hitam di sini.

"Lelaki itu pada mulanya cuba melarikan diri dengan memecut sebuah motosikal dan bersembunyi di kawasan berhampiran flat itu," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata motosikal yang digunakan suspek adalah yang dilapor hilang di Sungai Dua baru-baru ini.

Pistol, Rompak

Artikel Sebelum

Artikel Lain