suria

MH370: Australia, China Tuntut Siasatan Terperinci Terhadap Flaperon

KUALA LUMPUR: Australia dan China mahukan siasatan lebih terperinci dilakukan terhadap flaperon milik pesawat MH370 yang ditemui di Pulau Reunion.

Menteri Luar Australia, Julie Bishop berkata, pasukan pakar yang diketuai Perancis kini sedang melakukan siasatan lanjut.

"Pada pandangan ia merupakan sebahagian serpihan pesawat, ia telah memberikan keselesaan yang memerlukan kita meneruskan usaha pencarian untuk membantu keluarga mangsa mendapatkan jawapan mengenai misteri dalam dunia penerbangan itu," katanya.

Belia berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean ke-16 di sini pada Khamis.

Sementara itu, Menteri Luar China, Wang Yi turut turut bercakap mengenai MH370 selepas ditanya pemberita berhubung tindakan seterusnya negara tersebut.

"Malaysia perlu mendapatkan maklumat lebih terperinci berhubung penemuan flaperon itu, jelasnya.

Penerbangan MH370 hilang dari radar pada 8 Mac tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

MH370, Flaperon

Artikel Lain