Penggantungan: The Edge Berjaya Peroleh Kebenaran Semakan Kehakiman - Semasa | mStar

Penggantungan: The Edge Berjaya Peroleh Kebenaran Semakan Kehakiman

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbitan The Edge Communications Sdn Bhd pada Rabu berjaya memperoleh kebenaran bagi semakan kehakiman berhubung penggantungan dua penerbitannya oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dua penerbitan syarikat itu, The Edge Malaysia dan The Edge Financial Daily, telah digantung penerbitan selama tiga bulan sejak 27 Julai lepas berkaitan laporannya mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan tersebut di dalam kamar dengan dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Alice Loke yang mewakili KDN dan peguam syarikat penerbitan itu, Daryl Goon.

Alice kemudian memberitahu pemberita bahawa mahkamah bagaimanapun menolak permohonan syarikat itu untuk penangguhan sementara penggantungan kedua-dua penerbitan itu sehingga permohonan inter-parte didengar.

Mahkamah menetapkan Rabu depan (12 Ogos) untuk pendengaran permohonan inter-parte tersebut.

Pada 27 Julai lepas syarikat penerbitan itu memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden.

The Edge Communications Sdn Bhd telah memohon diberi kebenaran untuk memulakan prosiding di bawah Aturan 53 Kaedah 3 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 bagi mendapatkan perintah certiorari supaya mahkamah menolak keputusan Menteri Dalam Negeri.

Syarikat penerbitan itu turut memohon suatu perintah interim untuk penggantungan pelaksanaan keputusan sehingga penyelesaian pendengaran permohonan dan kos.

Menteri Dalam Negeri dalam surat bertarikh 23 Julai lepas yang ditandantangani oleh Hashimah Nik Jaafar bagi pihak menteri, telah memaklumkan kepada syarikat itu penggantungan permit penerbitan kedua-dua penerbitan itu untuk tempoh tiga bulan mulai 27 Julai.

Berdasarkan surat yang dihantar kepada ketua pengarang syarikat itu, Ahmad Azam Mohd Aris, KDN memaklumkan bahawa laporan mengenai 1MDB oleh The Edge adalah memudaratkan ketenteraman awam, keselamatan dan kepentingan negara.

Sekiranya gagal mematuhi arahan penggantungan, tindakan pembatalan permit permit terhadap kedua-dua penerbitan itu akan dibuat.

Mahkamah , The Edge

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain