SKMM Cari Pemilik Akaun FB Sharifah Sofia Bantu Siasatan - Semasa | mStar

SKMM Cari Pemilik Akaun FB Sharifah Sofia Bantu Siasatan

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta seorang pemilik akaun Facebook (FB) bernama Sharifah Sofia Syed Rashid untuk hadir ke pejabat suruhanjaya itu bagi membantu proses siasatan berhubung penyebaran maklumat yang belum ditentukan kesahihannya dalam akaun laman sosialnya.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati wujud akaun FB menggunakan profil Sharifah Sofia Syed Rashid yang digunakan untuk penyebaran maklumat-maklumat yang belum ditentukan kesahihannya.

Jelas beliau, analisis yang dijalankan turut mendapati, pemilik berkenaan juga disyaki menggunakan pelbagai profil seperti Sharifah dan Kapten Sharifah untuk tujuan yang sama.

Menurutnya, maklumat-maklumat yang disebarkan dalam akaun FB tersebut bukan sahaja palsu bahkan berupaya menjejaskan ketenteraman awam.

"Justeru, MCMC meminta mana-mana pengguna media sosial yang mempunyai maklumat mengenai pemilik akaun FB tersebut untuk tampil membantu siasatan.

"Mana-mana pihak yang cuba menyebarkan maklumat-maklumat palsu di media sosial boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," tegasnya.

Dalam pada itu, pengguna media sosial yang mendapati akaun mereka disalahguna untuk membuka akaun palsu adalah dinasihatkan untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak FB agar akaun palsu mereka itu boleh ditutup.

Mereka juga boleh melaporkan perkara tersebut kepada SKMM di e-mel aduanskmm@cmc.gov.my


Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain