suria

KPN: Pegawai SPRM, Pejabat Peguam Negara Ditahan

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan tiga individu ditahan bagi membantu siasatan melibatkan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Ketiga-tiga individu yang dikaitkan dengan agensi-agensi dalam pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan penyelewengan dalam syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ditahan berikutan beberapa laporan polis dibuat terhadap Rewcastle-Brown.

Mereka ialah bekas ahli lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Rashpal Singh, ahli sekretariat kewangan dan pengubahan wang haram Jabatan Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur dan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

"Polis mengambil keterangan daripada tiga individu mengenai laporan Rewcastle-Brown yang mengandungi unsur-unsur fitnah," kata Khalid dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata siasatan polis juga memberi tumpuan kepada pendedahan maklumat rasmi kerajaan.

"Beberapa pegawai dari Bank Negara Malaysia dan bank perdagangan juga akan dipanggil untuk bekerjasama dalam siasatan polis.

"Polis akan menjalankan siasatan dengan cara yang telus dan adil, selaras dengan undang-undang," kata Khalid.

1MDB, Khalid Abu Bakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain