suria

Ambiga Diberi Amaran Berhubung 'Ugut' Protes Jalanan

Tan Sri Khalid Abu Bakar
SHAH ALAM: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran keras kepada penganjur protes yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur Sabtu ini supaya jangan menggugat keselamatan negara.

Khalid menyebut bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan yang dipetik dalam laporan media sebagai berkata bahawa kerajaan berdepan dengan protes jalanan jika tidak menggesa pentadbiran sementara yang baharu.

Khalid menggesa presiden Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) itu untuk menafikan bahawa dia telah membuat ugutan atau berdepan risiko penangkapan.

"Saya ingin mengingatkan mana-mana NGO atau parti-parti politik, untuk tidak mengambil kesempatan daripada keadaan semasa ini.

"Seperti di media sosial, di mana terdapat mesej oleh Ambiga menggalakkan orang ramai turun ke jalanan menggesa Perdana Menteri meletakkan jawatan.

"Kami akan menyiasat, jika ini benar, kami menggesa Ambiga untuk segera menafikannya. Jika tidak, kami akan mengambil tindakan, jika ini adalah benar, " katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Selangor di sini Rabu.

"Kita ada undang-undang dan bukan boleh buat sebarangan untuk jatuhkan kerajaan. Kita ada cara ikut perlembagaan untuk tukar kerajaan, itu peringatan saya yang terakhir," katanya. 

Beliau mengulas penyebaran maklumat berhubung protes itu yang dirancang  diadakan di sekitar sebuah pusat beli-belah di ibu negara untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Katanya sebarang perhimpunan di negara ini boleh dianjurkan namun mereka mesti patuh kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sebuah portal berita semalam menerbitkan satu kenyataan media sebuah kumpulan menamakan diri mereka sebagai 'Demi Malaysia' yang dikatakan bertanggunjawab menganjurkan protes tersebut.

Artikel Lain