Orang Utan Diserang Dengan Parang Disahkan Mati - Semasa | mStar

Orang Utan Diserang Dengan Parang Disahkan Mati

Gedau ketika ditemui pekerja ladang, 13 Julai lalu.
KOTA KINABALU: Selepas hampir dua minggu berjuang untuk hidup, orang utan yang ditemui cedera parah di sebuah ladang kelapa sawit di Gedau, Beluran, akhirnya mati akibat kecederaan yang dialaminya.

Orang utan berusia 20 tahun itu yang dinamakan Gedau oleh pegawai-pegawai hidupan liar mati selepas mengalami kesan kelar dan tikaman serta keracunan darah akibat jangkitan, 13 hari selepas ia diselamatkan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah William Baya berkata Orang Utan itu mati kira-kira pukul 4.30 petang Ahad akibat mengalami komplikasi teruk disebabkan serangan ganas oleh seorang pekerja ladang Indonesia pada 13 Julai.

"Untuk beberapa hari pertama, orang utan itu kelihatan bertambah baik," kata beliau dalam satu kenyataan.

Malangnya apabila ia dipantau lanjut di Klinik dan Kuarantin Rehabilitasi Orang Utan, Sepilok, William berkata, dapat dilihat kesan luka tetakan parang yang begitu dalam dan kecederaan di dahi akibat dicucuk objek tajam.

"Hasil bedah siasat yang mengesahkan bahawa Orang Utan ini mati akibat akut dan septisemia teruk (dikenali sebagai keracunan darah) disebabkan luka awal dan luka-luka lebih kecil di peringkat pertengahan," katanya.

Gedau ditemui oleh pekerja ladang di ladang yang terletak tidak jauh dari pantai timur daerah Sandakan pada 13 Julai.

Penyerang berusia 38 tahun, Syam Sul, yang didakwa menyerang orang utan itu selepas ia mengejarnya, dijatuhi hukuman di penjara setahun selepas didapati bersalah mencederakan haiwan primat itu.

William berkata, mereka akan merayu untuk hukuman yang lebih berat yang akan dikenakan ke atas Syam.

"Saya sudah mengarahkan Pegawai Pendakwa membincangkan perkara ini dengan pihak mahkamah bagi menimbang langkah merayu dakwaan terhadap pekerja ladang terbabit dengan hukuman lebih berat kerana membunuh orang utan," katanya.
Gedau , Orang Utan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain