suria

Rombakan Kabinet: Kementerian Pengajian Tinggi Diwujudkan Semula

PUTRAJAYA: Rombakan Kabinet Persekutuan pada Selasa menyaksikan portfolio Kementerian Pengajian Tinggi diwujudkan semula dalam kerajaan.

Terbaharu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Datuk Seri Idris Jusoh dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi yang baharu.

Sebelum ini Idris yang dilantik menyertai Kabinet Najib selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) adalah Menteri Pendidikan II.

Portfolio Kementerian Pengajian Tinggi pertama kali diwujudkan ketika era pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merupakan menteri yang bertanggungjawab bagi portfolio berkenaan sejak 2008 hingga 2013 sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Johor.

Bagaimanapun Najib menggugurkan portfolio Kementerian Pengajian Tinggi selepas PRU-13 dengan melantik dua menteri yang bertanggungjawab menguruskan portfolio Kementerian Pendidikan.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pendidikan bersama Idris.

Artikel Lain