suria

Ibu Didakwa Bunuh Anak Di Pagi Aidilfitri

KAJANG: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, Jumaat atas pertuduhan membunuh anak perempuannya berusia tiga tahun di pagi hari raya.

Nor Nazierah Rahmat, 26, didakwa membunuh Nur Umairah Zainol Abdullah di rumahnya di Flat Sri Inang, Jalan Sri Inang Balakong, Kajang di sini, antara 11 pagi 17 Julai dan 5 pagi 18 Julai lepas.

Nor Nazierah yang dilihat mengalirkan air mata ketika berada di kandang tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Abdul Jalil Salam Muhamad, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 September depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan dan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Abirami manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mangsa ialah anak sulung daripada dua beradik.-- Bernama



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain