Juruaudit Maut Dibelasah Suami Akibat Cemburu - Semasa | mStar

Juruaudit Maut Dibelasah Suami Akibat Cemburu

KUALA LUMPUR: Seorang wanita ditemui maut di rumahnya selepas dipercayai dipukul oleh suaminya yang mengalami masalah mental di Taman Tun Dr Ismail di sini, malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata, mangsa Suraiza Hamzah, 46, dijumpai terbaring di ruang tamu rumah oleh anak lelakinya berusia 17 tahun pada pukul 7.30 malam.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati sebelum itu, pasangan suami isteri itu telah bergaduh akibat cemburu apabila suami mangsa berusia 47 tahun itu mengesyaki isterinya menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Suspek yang tidak bekerja dan dipercayai mempunyai masalah mental telah dilaporkan menghentak kepala isterinya dengan sebuah objek tumpul dalam kejadian itu, katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, mangsa bekerja sebagai seorang juruaudit di salah sebuah syarikat penerbangan tambang murah.

Menurutnya, suspek ditahan oleh anggota ronda balai polis Taman Tun Dr Ismail setengah jam kemudian selepas menerima maklumat daripada ibu saudara anak mangsa.

Shahrul Othman berkata, anak pasangan itu sebaik menemui ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri telah memaklumkan kepada ibu saudaranya untuk menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.

"Mayat mangsa telah di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain