Bot Karam: Mangsa Terakhir Ditemui Pukul 2.58 Petang Ahad - Semasa | mStar

Bot Karam: Mangsa Terakhir Ditemui Pukul 2.58 Petang Ahad

Mayat mangsa ketujuh kejadian bot karam kira-kira dua batu nautika dari pantai Bagan Sungai Kajang di sini Khamis lepas, dijumpai pukul 2.58 petang Ahad. Foto: BOMBA MALAYSIA

TANJONG KARANG: Mayat mangsa ketujuh kejadian bot karam kira-kira dua batu nautika dari pantai Bagan Sungai Kajang di sini Khamis lepas, dijumpai pukul 2.58 petang Ahad.  

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata, mayat mangsa terakhir tragedi itu yang dikenal pasti sebagai G. Ravi Shankar, 25, ditemui di persisiran pantai Parit 4, Sekinchan dekat sini. 

"Mayat mangsa dijumpai oleh pasukan penyelamat, terdampar di celah-celah pokok bakau di pantai berkenaan, kira-kira lapan batu nautika daripada lokasi kapal dilaporkan karam. 

"Mayat mangsa akan dibawa ke Hospital Tanjong Karang dan operasi mencari ditamatkan pada pukul 4 petang ini," katanya. 

Bot itu, yang dinaiki 14 orang terdiri daripada sembilan anggota keluarga dan lima pekerja bot, berlepas dari jeti nelayan Sungai Kajang pada 3 petang bagi melakukan upacara membuang abu mayat.  

Bot itu dikatakan bocor dan kesemua mangsa saling menimba air sebelum ia dilapor karam semasa dalam perjalanan pulang kira-kira dua jam kemudian. 

Selain Ravi Shankar, enam mayat ditemui setakat ini dikenal pasti sebagai A.Parianathan, 30, yang berasal dari Taman Aman Sekinchan, Selangor, A. Muniamah,49; K. Logaraj, 29; M. Gnaswdree, 59; G. Jaya Sangari, 27 dan M. Kunasegaran,57, kesemuanya berasal dari Sungai Buloh, Selangor. 

Tujuh lagi yang terselamat ialah P. Alumalai, M. Sugamaran, V. Nagaswari, N.Sanmugan, C. Sabtayan, C. Sundraja dan S. Partiven. 

Mereka diselamatkan oleh nelayan tempatan.

Mangsa Bot Karam , Tanjong Karam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain