suria

Pergaduhan Low Yat: Ketua Umno Bagan Ditahan

Datuk Shaik Hussein Mydin
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan Ketua Umno Bahagian Bagan Datuk Shaik Hussein Mydin di luar balai polis Seberang Prai ketika beliau akan mengadakan sidang akhbar berhubung pergaduhan di Plaza Low Yat.

Apabila bekas Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang itu tiba di luar balai polis ditemani Setiausaha Umno Datuk Musa Sheikh Fadzil, beliau segera ditahan oleh dua anggota polis pada kira-kira pukul 1.45 petang.

Beliau dipercayai telah menulis mesej, mengkritik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kumpulan mesej di Telegram.

Kira-kira pukul 4.05 petang, Musa berjalan keluar dari balai polis dan mengadakan sidang akhbar.

Beliau berkata polis telah membawa Shaik Hussein ke Bukit Aman untuk disiasat di bawah Akta Hasutan.

"Kami mempunyai kumpulan tertutup dalam aplikasi mudah alih Telegram untuk membincangkan mengenai isu-isu berkaitan parti dan kerajaan," kata Musa.

"Dalam kumpulan itu terdapat menteri dan ketua bahagian. Kami mahu polis menyiasat, siapa orangorang yang membocorkan kandungan chat daripada kumpulan itu."

Musa berkata: "Bagi saya, kami akan mengikut undang-undang dan biarkan polis menjalankan penyiasatan yang diperlukan."

Artikel Lain