suria

Papagomo, Ahli Politik Akan Ditangkap Hari Ini

KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan menahan dua individu yang didakwa menyebabkan ketegangan kaum berkaitan pergaduhan di Plaza Low Yat pada Ahad lalu.

Seorang daripadanya ialah pemimpin cawangan sebuah parti politik - yang dilihat di dalam sebuah video membuat kenyataan berunsur perkauman.

Video itu menjadi viral dan dimuat naik di Facebook ahli politik berkenaan.

Sementara itu seorang lagi yang akan didakwa ialah blogger Papagomo kerana memuat naik gambar kononnya terdapat seorang 'mangsa' berada dalam keadaan parah akibat insiden itu.

"Mereka telah diminta menyerah diri namun masih belum berbuat demikian.

"Hari ini kami akan pergi kepada mereka dan membuat tangkapan, " kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Selasa merujuk kepada kedua-dua individu berkenaan.

Selain itu kata Khalid, sesiapa yang membuat ucapan berhampiran Plaza Low Yat yang meminta orang ramai terlibat dalam rusuhan perlu bersedia untuk berhadapan akibatnya.

"Kami telah memberikan peluang untuk menyerah diri tetapi mereka telah mensia-siakannya.

"Sekarang, tunngu kami pergi kepada mereka," katanya.

Khalid berkata polis juga akan mengenal pasti beberapa lagi pihak lain yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu di media sosial.

Plaza Low Yat, Papagomo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain