suria

Insiden Low Yat: Ali Tinju Ditahan

Mohd Ali Baharom.

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Veteran Tenter, Mohd Ali Baharom ditahan berkaitan dengan dakwaan menghasut kekecohan di Low Yat.

Dikenali sebagai Ali Tinju, Mohd Ali dilihat dalam sebuah klip video berucap di luar perkarangan Low Yat Plaza pada malam Ahad sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Mohd Ali adalah seorang penganjur yang membuat bantahan di luar rumah bekas pengerusi Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan selepas perhimpunan Bersih pada 2012.

Polis mengesahkan penangkapan itu dilakukan oleh Bukit Aman.




Ali Tinju, Low Yat, kecoh

Artikel Berikut

Artikel Lain