suria

Aktiviti Ramadan Penyelaras Impian Kelantan DAP, Rara

NAMA Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara pernah menggemparkan negara suatu ketika dahulu berikutan keputusannya menjadi ahli seumur hidup DAP.

Kini, gadis jelita ini dilantik sebagai penyelaras Impian Kelatan DAP.

Program Impian Kelantan itu adalah inisiatif terbaru DAP melibatkan NGO tempatan, antaranya Yayasan Darul Hijrah, Cakna UT, Royalti Kelantan khusus bagi membina semula prasarana kawasan yang terlibat banjir di Kelantan.

Namun, sepanjang bulan ini, Rara memperlahankan karier politiknya dan memberi tumpuan terhadap perniagaan rawatan alternatif milik keluarganya.

Ikuti pendedahan aktiviti Rara di Pusat Rawatan AMH yang letak di Alam Jaya, Puncak Alam, Kuala Selangor bersama mStar TV.


Rara, Young Syefura Othman, DAP, ramadan

Artikel Lain