Laporan WSJ: Nik Nazmi Bidas Khairy, Abdul Rahman - Semasa | mStar

Laporan WSJ: Nik Nazmi Bidas Khairy, Abdul Rahman

Nik Nazmi Nik Ahmad

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) membidas sikap dua pemimpin Umno khususnya Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Abdul Rahman Dahlan berhubung dakwaan laporan Wall Street Journal (WSJ) ke atas perdana menteri.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pendirian Khairy dan Abdul Rahman berhubung laporan WSJ yang mendakwa sejumlah RM2.67 bilion disalurkan ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan mereka lebih mementingkan kedudukan politik masing-masing.

"AMK kecewa dan dukacita dengan kedegilan pimpinan muda Umno tertentu, terutamanya Khairy dan Abdul Rahman yang bermati-matian mempertahankan perdana menteri.

"Nampaknya ia menggambarkan bahawa mereka lebih khuatir tentang kedudukan politik dan bukannya maslahat (faedah) rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurut Exco Selangor itu lagi, sikap Khairy dan Abdul Rahman yang menolak secara terus dakwaan WSJ jelas berbeza dengan pendirian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang lebih tenang dan lebih logik menggesa agar isu tersebut disiasat secara serius.

"Reputasi mereka kononnya 'terbuka', namun jelas mereka bukanlah jenis pimpinan bagi disandarkan harapan oleh anak-anak muda yang mahukan perubahan.

"AMK menggesa agar isu akaun perdana menteri ini disiasat dengan serta merta. Sebarang salahlaku mestilah dihukum," katanya.

Jumaat lalu, WSJ menyiarkan artikel yang memetik 'penyiasat yang tidak dinamakan' mendakwa dana hampir RM2.67 bilion milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Bagaimanapun, 1MDB menegaskan tiada dana dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain