suria

Isteri Setiausaha Politik MB Perlis Meninggal Dunia

ARAU: Che Olah Mat Safar, isteri Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Khalid Ahmad, meninggal dunia pagi Isnin kerana komplikasi darah tinggi dan buah pinggang.

Che Olah, 58, meninggal dunia di Kedah Medical Center (KMC) Alor Setar pukul 5.30 pagi setelah dimasukkan ke hospital swasta itu pada pukul 11 malam Ahad.

Menurut Khalid, isterinya mengidap penyakit darah tinggi sejak lapan tahun lalu manakala penyakit buah pinggang dihidapnya kira-kira dua minggu lalu.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Arau di sini dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Lama Arau selepas jenazah disembahyangkan di Masjid Negeri Arau, pada tengah hari.

Allahyarham meninggalkan lima orang anak berumur antara 26 dan 38 tahun serta 10 orang cucu.

Para anggota Exco kerajaan negeri dan isteri Menteri Besar, Datin Seri Noraswana Omar adalah antara yang menziarahi jenazah Allahyarham.

Perlis, Politik

Artikel Lain