suria

ATM Perkemas Kawalan Sempadan Sempena Aidilfitri

PASIR MAS: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memperkemas kawalan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan bagi mengelak sebarang aktiviti lintas sempadan secara tidak sah oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ingin pulang berhari raya nanti.

Panglima 8 Briged Infantri Datuk Azmy Yahya berkata pihaknya menjangkakan ramai PATI akan menggunakan beberapa laluan tidak sah di sepanjang Sungai Golok untuk pulang ke negara jiran sempena sambutan Aidilfitri.

"Justeru, kita menasihatkan mereka untuk menggunakan laluah sah di beberapa pintu masuk di sempadan bagi mengelakkan mereka ditahan pihak berkuasa keselamatan negara ini, sekali gus mengelakkan mereka daripada gagal untuk pulang berhari raya bersama keluarga," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama pegawai dan anggota ATM di Pos Tok Oh, Rantau Panjang di sini, Khamis malam.

Mengulas mengenai kawalan keselamatan sempadan oleh pihaknya, beliau berkata pelbagai barangan kawalan seperti minyak, tepung gandum dan beras bernilai lebih RM260,000 berjaya dirampas pihaknya sepanjang bulan lepas.

ATM, sebagai barisan hadapan pertahanan negara ditugaskan menjaga kedaulatan sempadan Malaysia-Thailand sepanjang 129 kilometer bermula di jajahan Tumpat dan berakhir di jajahan Jeli di bawah Op Wawasan dan Op Merpati.

Rantau Panjang, ATM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain