suria

PM Britain Kembali Ke Malaysia 30 Julai

David Cameron

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Britain, David Cameron yang pertama kali melawat Malaysia pada 2012 mengotakan janjinya untuk kembali ke negara ini.

Pemimpin Konservatif yang mengetuai partinya bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya Britain baru-baru ini akan tiba ke Malaysia pada 30 Julai.

Walaupun lawatan Cameron hanya untuk beberapa jam, tetapi beliau menjanjikan kehadirannya kali ini bermakna.

Sempena sebahagian daripada lawatannya di rantau ini, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pegawai-pegawai diplomatik di sini berkata Najib akan kembali dari Eropah pada masa itu bagi menerima keharian Cameron yang mengulangi minat Britain untuk meningkatkan hubungan dengan Malaysia.

Pemimpin Britain itu mahu lebih banyak perdagangan antara kedua-dua negara.

Ini akan menjadi peluang untuk kedua-dua pemimpin memberikan sokongan antara satu sama lain, kata seorang pegawai tinggi di Wisma Putra.

Beliau berkata Cameron akan kembali pada kedudukan yang lebih kukuh selepas keputusan pemilihan mengagumkan sebelum ini.

"Najib bersedia untuk menjalin kerjasama lebih banyak dengan Britain," kata pegawai itu.

Selain daripada kepentingan dua hala dan isu-isu serantau dan antarabangsa, perolehan pertahanan dan kerjasama anti-keganasan dijangka akan menjadi agenda Cameron.


David Cameron

Artikel Berikut

Artikel Lain