Iklan Raya Petronas Berdasarkan Pengalaman Peribadi Rakyat Malaysia - Semasa | mStar

Iklan Raya Petronas Berdasarkan Pengalaman Peribadi Rakyat Malaysia

PETALING JAYA: Kempen Hari Raya Petronas yang menyaksikan penglibatan masyarakat bakal menampilkan kisah dan pengalaman peribadi rakyat Malaysia yang terpilih diiklankan untuk tontonan umum.

Kempen yang dinamakan 'Raya Treasures' itu dilancarkan pada 26 Jun lalu dan bakal berakhir pada 3 Julai (esok) dengan memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia berkongsi memori suka duka Aidilfitri mereka bersama masyarakat umum.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Liz Kamarudin, berkata kempen tersebut merupakan satu pendekatan baharu Petronas bagi menghasilkan memori dan penceritaan Aidilfitri masyarakat Malaysia menerusi iklan.


"Sejak dua dekad yang lalu Petronas telah menyemai perpaduan nasional melalui komunikasi perayaan dengan meraikan nilai, tradisi, dan kebudayaan yang membentuk negara bangsa.

"Masih kekal dengan fokus tersebut, kempen 'Raya Treasures' menampilkan pendekatan yang sangat berbeza kerana kami inginkan rakyat Malaysia memainkan peranannya dengan berkongsi cerita masing-masing," katanya.

Cerita dan pengalaman yang paling menarik yang dihantar akan dipilih sebagai pemenang dan ia akan dijadikan sebagai filem pendek perayaan Petronas.
Ptronas , iklan raya , Liz Kamarudin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain