suria

KDN Sahkan Hantar Surat Tunjuk Sebab Kepada The Edge

Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan yang mereka telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar bisnes The Edge berhubung laporannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Surat tunjuk sebab itu dikeluarkan pada petang Isnin.

Ia meminta sebab mengapakah tindakan tidak boleh diambil terhadap akhbar itu kerana telah melanggari syarat-syarat permit.

Rabu lalu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan yang pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong patut bertanggungjawab di atas laporan akhbarnya yang tidak betul mengenai 1MDB.

“The Edge dan pemiliknya, Tong Kooi Ong harus bertanggungjawab kerana menerbitkan laporan yang tidak tepat dan betul mengenai apa yang berlaku dalam 1MDB. The Edge sepatutnya mengesahkan dahulu fakta-fakta yang diterimanya sebelum menerbitkannya,” kata Zahid minggu lalu.

Zahid berkata, Sarawak Report merupakan punca maklumat yang tidak betul mengenai 1MDB diperolehi dan fakta tidak betul ini kemudiannya digunakan oleh akhbar The Edge dan beberapa media lain dalam laporan mereka.

KDN, Ahmad Zahid Hamid, The Edge

Artikel Sebelum

Artikel Lain