Tiada Alasan Penjawat Awam Tidak Lunas PTPTN - Kerajaan - Semasa | mStar

Tiada Alasan Penjawat Awam Tidak Lunas PTPTN - Kerajaan

KOTA KINABALU: Tiada alasan bagi 33,000 penjawat awam yang berhutang dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mahu melunaskan hutang pinjaman mereka, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata banyak kelonggaran diberikan PTPTN kepada 33,000 penjawat awam untuk membayar balik pinjaman berkenaan.

"Saya tidak nampak sebab kenapa penjawat awam tidak boleh bayar. PTPTN boleh dibawa berunding, sama ada buat potongan gaji ikut kemampuan diri, banyak kelonggaran diberikan PTPTN," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau ditemui selepas majlis pelancaran Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Kinarut Selatan dan majlis menandatangani perjanjian antara Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) serta syarikat Visa Land Sdn Bhd di sini.

Dalam pada itu, Ali berkata borang pemotongan gaji untuk membayar pinjaman PTPTN telah dihantar kepada penjawat awam dan mereka wajib mengisi serta memulangkan borang berkenaan dengan kadar segera.

"Kita telah mengarahkan dan menghantar borang potong gaji kepada penjawat awam, dan sekiranya mereka tidak menerima borang berkenaan dan mahu urus sendiri boleh juga, dan kita akan pantau," katanya.

Ali berkata perkara itu bukan sahaja melibatkan penjawat awam, malah terdapat lebih sejuta peminjam PTPTN masih 'liat' untuk melunaskan hutang kepada perbadanan itu.

KSN , PTPTN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

20 Buah Motosikal Hangus Terbakar

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain