suria

Mara Jelas Isu Rasuah Urusniaga Hartanah Melbourne Esok

Annuar Musa

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengadakan sidang media khas pada Rabu untuk menjelaskan isu rasuah membabitkan urusniaga pemilikan hartanah di Melbourne, Australia untuk dijadikan sebuah asrama.

"Mara akan mengadakan sidang media esok," kata Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa kepada The Star Online menerusi SMS pada Selasa.

Sementara itu, sumber enggan memberi komen berhubung isu yang didedahkan akhbar harian Australia, The Age kerana ia masih dalam siasatan dan Mara akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu esok.

Akhbar berkenaan melaporkan proses pembelian pangsapuri di Melbourne oleh Mara untuk dijadikan asrama pelajar tajaannya di Universiti Monash kini disiasat pihak berkuasa Australia kerana ia didakwa membabitkan unsur rasuah.

The Age melaporkan adanya pembabitan rakyat Malaysia yang mempunyai kaitan dengan Mara membayar lebih kepada pemaju Dudley International House sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) untuk bangunan lima tingkat di bandar berkenaan pada 2013.

Harga yang ditawarkan adalah A$22.5 juta (RM65.3 juta).

Menerusi laporan eksklusif yang disiarkan Selasa, akhbar berkenaan mendedahkan rekod korporat menunjukkan firma yang mengeluarkan invois juga rapat dengan beberapa individu berpengaruh di Malaysia termasuk pihak atasan Mara.

"Prosiding undang-undang telah dijalankan di Mahkamah Tinggi Victoria selepas campurtangan John Bond dan Pitcher Partners yang menyediakan lebih banyak bukti bahawa A$4.75 juta dibawar sebagai rasuah," tulis The Age.

Ia memetik pemaju Dudley International House, Chris Dimitriou yang disoal berhubung dakwaan itu di mahkamah dan menjabwab: "Apa yang saya tahu, A$4.8 juta diserahkan kepada pihak Malaysia."

Artikel itu turut memetik seorang lagi pemaju, Peter Mills yang dipetik oleh The Age sebagai berkata bahawa beliau tidak mengetahui terdapatnya unsur rasuah dalam urusniaga itu dan jika tahu mengenainya, beliau tidak akan terbabit dalam urusan itu.

Laporan itu juga mendakwa pegawai atasan Mara ini telah menggunakan sebuah lagi syarikat lain yang didaftarkan di Singapura untuk membeli hartanah di Queens Street dan Exhibition Street di Pusat Perniagaan Daerah Melbourne pada harga A$40 juta atau RM115 juta.



 

Artikel Sebelum

Artikel Lain