Dua Juta Biji Kelapa Diimport Untuk Musim Raya - Fama - Semasa | mStar

Dua Juta Biji Kelapa Diimport Untuk Musim Raya - Fama

- Gambar hiasan
KUANTAN: Fama akan mengimport dua juta biji kelapa dari Indonesia bagi menampung permintaan yang meningkat sekali ganda menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pengarah Fama Datuk Ahmad Ishak berkata pada kebiasaannya, Fama mengimport sejuta biji kelapa sebulan untuk memenuhi permintaan pasar segar seluruh negara.

"Kelapa ini akan diimport melalui pelabuhan di Batu Pahat (Johor) dan pusat operasi Fama di situ akan dijadikan hub utama untuk stok kelapa ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.

Beliau berkata bekalan kelapa ini boleh didapati di 40 pusat operasi Fama di seluruh negara dan pihaknya bersedia untuk mengedarkannya kepada peruncit tempatan.

Pemintaan kelapa yang tinggi pada musim perayaan adalah kerana pelbagai juadah yang sinonim dengan hari raya menggunakan santan sebagai bahan utama.

Ahmad juga berkata, Fama akan mengimport cili dari Vietnam, Thailand dan China untuk memenuhi permintaan meningkat pada musim perayaan ini.
kelapa , Fama , Datuk Ahmad Ishak

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain