Kepulangan Amirul Rahmat Bagi Keluarga - Bapa - Semasa | mStar

Kepulangan Amirul Rahmat Bagi Keluarga - Bapa

ALOR GAJAH: "Inilah rahmat bagi keluarga saya yang mana semua doa kawan-kawan dan keluarga untuk dia (Amirul) dan kru kapal yang lain  selamat...bersyukur sangat kepada Allah SWT," luah Zabarudin Zakaria, bapa kepada Amirul Azim, anak kapal MT Orkim Harmony.

Zabarudin, 49, berkata dia tidak dapat berkata-kata sebaliknya terus memeluk Amirul, 21, sebaik dapat bertemu dengan anak sulungnya itu di Kuantan kira-kira 6 petang Sabtu.

"Masa jumpa, dia ada juga cerita sedikit tentang kejadian itu tapi saya dah pesan pada isteri yang turut bersama agar jangan bertanya terlalu banyak soalan kepadanya kerana tak nak dia tertekan.

"Perjumpaan pertama itu hanya kami bertanya khabar dan berbuka bersama sebelum kami balik ke Melaka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini, Ahad.

Katanya Amirul kelihatan sedikit trauma dengan peristiwa yang dialaminya itu.

Zabarudin berkata dia bersama isteri dan dua lagi anggota keluarga bergegas ke Kuantan dan tiba pada 11 pagi Sabtu tetapi hanya dapat berjumpa dengan anaknya itu kira-kira 6 petang.

Beliau berkata Amirul, 21, yang berkhidmat sebagai anak kapal di bahagian penyelenggaraan kini masih berada di Kuantan bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

"Kami sekeluarga sentiasa menanti kepulangannya namun sekiranya dia hendak teruskan tugas ini, kami tidak akan memaksa kerana dia masih bertugas," katanya.

Katanya dia percaya Amirul tidak akan terkesan dengan kejadian tersebut kerana dia merupakan seorang yang kuat semangat dan komited terhadap kerjaya yang telah diceburinya kira-kira tiga tahun lepas.

Zabarudin turut melahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan dan juga semua agensi terlibat dalam misi mencari dan menyelamat Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 22 anak kapal.

Kapal tersebut membawa 6,000 tan metrik petrol RON95 bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam, 11 Jun lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

MT Orkim Harmony selamat tiba di Pelabuhan Kuantan pada 7.30 pagi Ahad.

-- BERNAMA
Kapal Tangki , Orkim Harmony

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain