suria

Pencapaian Saintis Dari Klang Membanggakan Negara

Dr Mahaletchumy
PHILADELPHIA: Pakar bioteknologi kelahiran Klang telah membuatkan negara berbangga apabila tersenarai dalam salah seorang daripada 100 orang yang paling berpengaruh di dunia dalam bidang bioteknologi.

Dr Mahaletchumy Arujanan, 46, tersenarai di kalangan individu terkenal termasuk Bill dan Melinda Gates, serta pelakon Michael J. Fox, seperti mana yang disebut dalam laporan khas yang diterbitkan oleh majalah sains terkenal Scientific American.

Senarai ini telah dilancarkan pada Konvensyen Bio Antarabangsa di sini.

Fox tersenarai di atas sumbangan meluas beliau dalam penyelidikan mengenai penyakit Parkinson.

Dr Mahaletchumy adalah sebahagian daripada rombongan Malaysian Bitechnology Corporation (Biotech Corp) ke konvensyen itu.

"Sememangnya satu ganjaran apabila mengetahui usaha dan sumbangan anda dihargai dan diiktiraf di peringkat global," kata Dr Mahaletchumy yang dilahirkan dan dibesarkan di Kg Jawa, Klang.

Dr Mahaletchumy, yang merupakan Pengarah Eksekutif Pusat Maklumat Bioteknologi Malaysia (Mabic) berkata titik perubahan dalam kerjaya beliau berlaku ketika beliau berada di saat-saat sukar di mana bekas majikannya memberitahunya supaya berhenti kerja pada tahun 2002.

"Saya telah bekerja dengan sebuah syarikat penjagaan kesihatan tempatan dan pemilik tunggalnya mahu saya kembali bekerja selepas dua minggu saya bersalin.

"Saya tidak berbuat demikian. Beliau bermusuhan dengan saya dan memberitahu saya untuk meninggalkan kerja saya tidak lama selepas itu," dakwa beliau.

Tanpa gentar, ibu kepada dua anak perempuan ini yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Biokimia dan Ijazah Sarjana dalam bidang bioteknologi ini menghabiskan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) Sains Komunikasi dan mencari peluang kerjaya lebih cerah.

Majikannya selepas itu adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa dan Dr Mahaletchumy berkata di situlah beliau yakin akan masa depannya.

"Majikan baharu membolehkan saya untuk mengeksploitasi sepenuhnya potensi diri saya dan sumbangan saya dihargai," kata Dr Mahaletchumy, yang juga ketua editor akhbar Mabic, Petri Dish.

Beliau turut berperanan sebagai pelatih dengan Biotech Corp dalam Program Best (kursus keusahawanan bioteknologi), yang merupakan modul bimbingan kerjaya untuk pelajar universiti.

"Saya melawat semua universiti swasta dan awam di Malaysia di bawah program ini dan melatih pelajar terhadap pembangunan bioteknologi," katanya.

Beliau berkata program itu bertujuan menjadikan Malaysia sebagai kuasa bioteknologi.

Dr Mahaletchumy berkata Malaysia telah menambah manfaat untuk menjadi kuasa bioteknologi kerana perkembangan infrastruktur di negara ini, biodiversiti semula jadi serta komitmen Kerajaan.

Apabila tidak sibuk dengan kerja, Dr Mahaletchumy menghabiskan masa bersama anak-anaknya, Komalah, 16, dan Deepa, 15.

Suaminya M. Selvamuthu ialah pengurus kumpulan agensi dengan syarikat insurans.

bioteknologi, Dr Mahaletchumy

Artikel Sebelum

Artikel Lain