Malim Gunung Mahu Bawa Rakan Ke Singapura - Semasa | mStar

Malim Gunung Mahu Bawa Rakan Ke Singapura

KOTA KINABALU: Malim Gunung Mohd Rizuan Kauhinin, yang menjadi perhatian berikutan kejadian gempa bumi Gunung Kinabalu berharap rakan-rakan yang lain turut pergi bersama-sama dengannya ke Singapura.

Mohd Rizuan, menjadi terkenal apabila gambar dia mendukung seorang pelajar Singapura menjadi viral di laman sosial, memberitahu bahawa dia menerima undangan daripada beberapa pihak untuk ke Singapura bertemu dengan ibu bapa kanak-kanak itu.

"Saya mahu pergi ke Singapura, tetapi bukan sekarang, mungkin kemudian apabila keadaan di sini reda," katanya.

Bagaimanapun Mohd Rizuan berkata beliau tidak mahu pergi seorang diri.

"Saya mahu pergi dengan dua rakan saya yang turut membantu membawa kanak-kanak itu turun," katanya, menjelaskan bahawa dia bersama dua kawan yang lain bergilir-gilir membawa kanak-kanak itu turun ke kaki gunung.

Mohd Rizuan menambah bahawa malim gunung perlu diberikan layanan yang sama kerana mereka juga membantu dalam misi mencari dan menyelamat.

"Saya bukan orang yang penting, rakan-rakan saya juga bekerja keras pada hari gempa bumi untuk membawa mangsa ke bawah.

"Malah, ada antara mereka yang meninggal dunia dan saya tidak tahu mengapa perhatian diberikan kepada saya sahaja," katanya.

Mohd Rizuan, yang masih trauma dengan gempa bumi itu, berkata, hingga kini dia sendiri tidak tahu siapa yang merakam gambar tersebut.

"Kami melakukan perkara itu kerana ingin menyelamatkan nyawa, bukan kerana wang atau populariti," katanya.

Kata Rizuan, dia juga tidak selesa dengan semua publisiti dan perhatian yang diberikan kepadanya.

Mohd Rizuan adalah antara ratusan malim gunung dan penduduk kampung yang menawarkan diri untuk ke lokasi gempa bumi untuk menyelamatkan mangsa yang terkandas di atas gunung itu selepas gempa bumi 5.9 magnitud yang mengorbankan 18 orang di Gunung Kinabalu.
Malim Gunung

Artikel Sebelum

Penurunan Jumlah Pelancong China

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain