Ops Wawasan Khas: Mangsa Pemerdagangan Mati Akibat Kebuluran - Semasa | mStar

Ops Wawasan Khas: Mangsa Pemerdagangan Mati Akibat Kebuluran

Kawasan kem tahanan Lubuk Sireh, Perlis dikawal oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi membolehkan kerja-kerja fasa kedua menggali kubur mangsa sindiket pemerdagangan manusia dijalankan di Ban Talok, Padang Besar Thailand pada 3 Jun lalu. Foto BERNAMA

KANGAR: Hasil bedah siasat ke atas 106 mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam 'Ops Wawasan Khas' mendapati kebanyakannya menemui ajal dipercayai akibat kebuluran.

Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tanpa ada sebarang unsur jenayah.

Beliau berkata, menerusi laporan bedah siasat oleh unit forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah yang diperoleh dua hari lepas juga mendapati ada mayat yang masih baharu dan ada juga yang meninggal dunia awal tahun lepas. 

"Namun tempoh sebenar kematian perlu dirujuk semula oleh pihak hospital, forensik juga belum dapat memastikan kewarganegaraan mayat-mayat berkenaan yang ditemui dalam keadaan berkafan," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan upacara serah terima tugas Ketua Cawangan Khas (KCK) Kontinjen Polis Perlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini, Jumaat.

Pada upacara itu, KCK Kontinjen Polis Perlis, Pemangku ACP Idris Mon yang akan bertukar ke IPK Perak menyerahkan tugasnya kepada Supt Ridzuan Abdul Aziz dari IPK Terengganu.

Shafie berkata, walaupun operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat mangsa sindiket pemerdagangan manusia dalam Ops Wawasan Khas itu sudah berakhir,   kawasan berkenaan masih lagi dikawal anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi mengelak kejadian sama berulang.

Beliau berkata, pihak polis akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man bagi mencari kaedah terbaik supaya sempadan Malaysia-Thailand di Perlis tidak dicerobohi mana-mana sindiket pemerdagangan manusia.

Beliau berkata, polis akan mengemukakan beberapa kaedah berkesan kepada kerajaan negeri berhubung dengan masalah pembolosan serta keselamatan di kawasan sempadan.

Polis menemukan sebanyak 139 kubur pelbagai saiz dan 28 kem transit pendatang asing dalam operasi di sepanjang 11 kilometer antara Tangga 100, sempadan Malaysia-Thailand sehingga ke Wang Kelian, Padang Besar sejak 25 Mei lalu.

Artikel Sebelum

Tiada Kenaikan Tol Sejak 2007

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain