suria

Khalid Ibrahim Hadir Muktamar PAS, Disambut Laungan Takbir

Abdul Khalid Ibrahim.

KUALA SELANGOR: Hari ketiga dan terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 menyaksikan kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai tetamu khas.

Kehadiran Khalid yang kini menjadi wakil rakyat Bebas diberi sambutan hangat apabila perwakilan dan pemerhati PAS melaungkan takbir ketika skrin memaparkan beliau turut sama berada di dalam persidangan.

Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ketika krisis politik di negeri itu susulan 'langkah Kajang' yang dicipta bekas partinya sendiri, Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau dilihat 'mesra' PAS apabila parti itu sebelum ini memberi sokongan supaya kekal di jawatan Menteri Besar Selangor ekoran PKR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk berada di kedudukan berkenaan.

Khamis lalu, pengganti Khalid, Mohamed Azmin Ali hadir mewakili PKR pada majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain