suria

Isteri Tengku Razaleigh Meninggal Dunia

Noor Yvonne Abdullah (kiri) meninggal dunia kira-kira pukul 7 petang Jumaat. - Foto ihsan keehuachee.blogspot.com, 5 Jun, 2015.

KUALA LUMPUR: Isteri Tengku Razaleigh Hamzah, Puan Sri Noor Yvonne Abdullah, 68, meninggal dunia di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, malam Jumaat.

Menurut cucu saudara Allahyarham, Tengku Nazeehah Tengku Mahmud, 36, Noor Yvonne merupakan pengidap kanser darah dan mendapat rawatan di pusat perubatan itu sejak sebulan lepas. 

Jenazah tiba di kediamannya di Jalan Langgak Golf, Off Jalan Tun Razak di sini kira-kira 9.45 malam.

Antara yang menziarahi jenazah ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada Tengku Razaleigh, yang juga Anggota Parlimen Gua Musang.

"Moga rohnya dirahmati. Al-Fatihah," kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.

Solat jenazah dijangka berlangsung pada 10.30 pagi Sabtu sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang sejurus selepas itu.

Artikel Lain