suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pejabat PM Sahkan Kehadiran Pada Majlis Bersama SukaGuam

PM, Datuk Seri Najib Tun Razak.

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah disahkan sendiri oleh pejabatnya akan hadir pada majlis Tiada Apa Yang Hendak Disembunyikan atau "Nothing2Hide" anjuran pertubuhan bukan kerajaan, SukaGuam, pada Jumaat.

Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat menegaskan yang perdana menteri dijangka tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada jam 10 pagi esok.

"Kami telah menerima pengesahan daripada pejabat perdana menteri berhubung kehadiran Datuk Seri Najib ke majlis ini," kata Khairul.

Selain itu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut dijemput ke majlis berkenaan yang terbuka kepada semua termasuk pihak media dan juga bloger.

Majlis tersebut yang dijadualkan bermula jam 9 pagi akan berlangsung di Dewan Tun Hussein Onn.

Menurut SukaGuam, para hadirin diberi peluang untuk bertanya apa sahaja soalan kepada perdana menteri termasuklah isu berkaitan 1MDB dan juga GST.

Artikel Lain