suria

Penerbangan MAS Ke Mumbai Selamat Mendarat Dengan Satu Tayar Kempis

KUALA LUMPUR: Penerbangan MH194 Malaysia Airlines (MAS) dari Kuala Lumpur ke Mumbai mendarat dengan selamat di lapangan terbang Mumbai sekalipun satu tayarnya kempis dalam insiden 31 Mei lalu.

"Semasa mendarat, serpihan daripada tayar yang kempis itu merosakkan dua roda lain," kata MAS dalam kenyataan sebagai respons kepada laporan sebuah portal berita di India berhubung kejadian itu.

Katanya selepas semua penumpang turun, pesawat itu dibawa ke hangar Air India untuk kerja-kerja pembaikan.

Penerbangan MH194 yang dioperasikan oleh pesawat Boeing 777 itu membawa 275 penumpang dan 13 anak kapal, katanya. 

Artikel Lain