suria

Nasib 20,000 Kakitangan MAS Ditentukan Hari Ini

PETALING JAYA: Nasib bagi 20,000 kakitangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) akan ditentukan hari ini.

Kesemua mereka akan menerima surat perletakan jawatan pada hari ini, tetapi kira-kira dua pertiga daripada mereka akan ditawarkan kerja di syarikat baharu, MAS Bhd.

Mereka mempunyai tempoh sehingga 12 Jun ini untuk memutuskan sama ada menerima tawaran tersebut atau tidak.

Seorang kru kabin berusia 43 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul berkata, dia gembira apabila tanda tanya mengenai nasib mereka akan berakhir hari ini.

"Saya berasa seperti tidak bertenaga dan fikiran saya terganggu mengenai adakah saya masih mempunyai kerja ini," kata bapa kepada tiga anak itu.

Katanya, MAS telah memenangi pelbagai anugerah kerana mempunyai kru kabin terbaik sejak beberapa tahun.

"Saya merupakan sebahagian daripada pasukan ini dan saya berharap menjadi antara mereka di syarikat baharu," katanya.

Seorang eksekutif yang berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Lee berkata, dia berdoa agar dipilih sebagai antara mereka yang ditawarkan bekerja di syarikat baharu (MAS Bhd) pada hari ini.

"Saya perlu menyara kedua ibu bapa saya yang sudah tua. Saya perlukan kerja ini," katanya.

Seorang lagi kakitangan yang dikenali sebagai Rose, 53, berkata: "Terdapat banyak laporan di berita dan spekulasi. Saya akan percaya bila saya melihatnya."

MAS dijadualkan akan memecat antara 6,000 dan 8,000 kakitangan dalam setahun akan datang, yang merupakan sebahagian daripada pelan syarikat penerbangan itu untuk mengecilkan operasingan dengan tumpuan serantau.

Mereka yang tidak ditawarkan kerja dengan MAS Bhd akan diberikan sebulan gaji pokok untuk setiap tahun perkhidmatan mereka bagi mereka yang berkhidmat dengan syarikat itu sehingga 10 tahun.

Kakitangan yang berkhidmat dengan MAS lebih 10 tahun akan mendapat 1.5 bulan gaji pokok untuk setiap tahun perkhidmatan mereka.

Mereka yang menerima tawaran untuk menyertai MAS Bhd akan ditawarkan satu jumlah bayaran dan sekiranya mereka masih masih bersama MAS Bhd selepas 18 bulan, mereka akan menerima bayaran kerana kekal dengan syarikat itu.

Seorang kru penerbangan yang hanya mahu dikenali sebagai Dean berkata, dia cuba untuk berfikiran positif demi keluarganya.

Lelaki berusia 40 tahun itu merancang untuk menyertai MAS Bhd sekiranya ditawarkan kerja tetapi sudah bersedia untuk mencari kerja baharu sekiranya perlu untuk berbuat demikian.

MAS Bhd, MAS

Artikel Lain