suria

Petani Di Cameron Highlands Akan Diberi Lesen Pendudukan Sementara

Datuk Seri Adnan Yaakob
KUANTAN: Kerajaan Pahang akan mengeluarkan lesen pendudukan sementara (TOL) kepada petani yang layak di Cameron Highlands.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan negeri telah diberi hak untuk membantu pekebun kecil selepas berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kami telah membuat keputusan untuk meluluskan TOL kepada petani yang telah lama menanam sayur-sayuran atau mereka yang telah bercucuk tanam di situ secara turun-temurun. Mereka boleh meneruskan penanaman mereka seperti biasa tetapi mereka mesti melakukannya mengikut peraturan.

"Tidak akan ada kompromi terhadap penerokaan tanah haram berskala besar. Kita kemudiannya akan membuat penyelarasan plot tanah yang mana yang akan ditanam semula dengan pokok dan yang mana sesuai untuk pertanian," katanya ketika menggulung ucapan sidang DUN di sini.

Adnan berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga telah bersetuju untuk menghentikan operasi terhadap petani.

"Kami memberitahu MKN walaupun mereka mahu mengambil tindakan terhadap petani untuk menunggu dahulu sehingga hasil telah dituai," katanya.

Artikel Lain