suria

Kementerian Siasat Murid Jatuh Bangunan Tiga Tingkat

P. Kamalanathan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang menyiasat insiden murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, Klang yang cedera akibat terjatuh daripada tingkat tiga sekolah berkenaan pada Selasa.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata siasatan mengambil kira elemen keselamatan di sekolah berkenaan bagi mengenal pasti punca sebenar murid tersebut jatuh.

"Saya dah suruh pejabat pendidikan daerah Klang membuat siasatan dan seterusnya maklumkan terus kepada saya maklumat yang terkini mengenai kejadian tersebut.

"Dalam proses penyiasatan ini, kita juga harus ambil lihat elemen-elemen keselamatan di sekolah berkenaan dan pejabat pendidikan bahagian sana (Klang) kini sedang membuat siasatan dan akan maklumkan hasil siasatan kepada saya nanti," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Graduasi Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur (ISKL) di sini, Jumaat.

Dalam kejadian pada 10 pagi itu, murid berkenaan dilaporkan ditemui oleh seorang tukang kebun dalam keadaan tertiarap berhampiran tangga sekolah itu.
Pada majlis graduasi itu, sebanyak 153 pelajar dari Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur menerima sijil tamat pelajaran prauniversiti bagi sesi 2015.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta, Abd Halim Ismail.
P. Kamalanathan, jatuh bangunan

Artikel Lain