suria

Ahli Parlimen BN Cabar PAS Keluar Pakatan

Bung Moktar Radin

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan (BN), Datuk Bung Moktar Radin mencabar PAS keluar daripada pakatan pembangkang berikutan kenyataan Lim Guan Eng yang menyifatkan hati presiden parti Islam itu kini bersama Umno.

Jelas Bung Moktar, kelantangan Setiausaha DAP itu mengkritik Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan parti itu sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan utama PAS.

"Saya cabar supaya PAS keluar pakatan pembangkang. Ada juga yang mendakwa pembangkang hanya ada dua minggu sahaja lagi untuk kekal bersama," katanya sebelum memulakan perbahasan mengenai Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) di Dewan Rakyat pada Rabu.

Malah, beliau menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan Barisan Nasional (BN) tidak seperti pembangkang yang saling menuding jari terhadap satu sama lain.

"Umno tak seperti pembangkang, tak tuding jari satu sama lain, kita bahas sesuatu isu. Macam saya lontar hujah mengenai 1MDB sebab isu ini melibatkan kepentingan rakyat," katanya.

Kata Bung Moktar lagi, tidak seperti pakatan pembangkang yang mudah melenting apabila ditegur berkaitan kemelut yang melanda ketiga-tiga parti komponen itu.

Bagaimanapun tindakan Bung Moktar yang tidak menyentuh mengenai RMK11 ditegur Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang berkata isu itu boleh dibincangkan di luar Parlimen.

"Itu boleh cerita diluar... fokus kepada RMK11," katanya.

Artikel Lain