suria

Rangka Pertama Dibawa Turun Dari Kem Penyeludupan Manusia

WANG KELIAN: Rangka pertama dari kem penyeludupan manusia telah dibawa turun dari tapak perkhemahan dalam tiga beg berasingan.

Rangka yang telah reput itu dijumpai di sebuah pondok di sebuah bukit di Wang Burma di sini, kira-kira 1.5 km dari sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis.

Sekumpulan 31 anggota polis telah mengambil masa dua jam untuk sampai ke tapak perkhemahan bagi mencari mayat dan menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Ia telah dibawa ke pangkalan polis di sini pada jam 5.15 petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Rizani Che Ismail berkata rangka itu telah terpecah kepada tiga bahagian ketika dijumpai iaitu kepala, tubuh badan dan kaki.


Bahagian-bahagian badan telah dihantar ke rumah mayat untuk untuk ahli patologi untuk menentukan punca dan tempoh kematian.

Artikel Lain