suria

Zahid: Tiada Maaf Kepada Penyebar Video Muhyiddin

KAJANG: Timbalan Ketua Umno Bahagian yang merekodkan ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin menghentam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah mengemukakan permohonan maaf kepada parti.

"Saya telah menghubungi beliau secara peribadi. Beliau meminta maaf. Namun saya berkata kepadanya, tidak akan ada pengampunan untuk anda. Kerosakan sudah dilakukan.

"Dia perlu memikul akibatnya," kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, Ahad.

Menurut Ahmad Zahid, video berkenaan pada mulanya dikongsi di aplikasi Telegram sebelum tersebar ke laman sosial.

"Tindakan akan diambil. Ia akan dibawa kepada lembaga pengurusan parti," kata Zahid.

Pada hari Khamis, video yang mengandungi rakaman ucapan Muhyiddin menyeru pemecatan ahli lembaga 1MDB dalam sebuah majlis tertutup Umno dimuat naik di blog Apanama milik bekas wartawan, Firdaus Abdullah.

Firdaus berkata beliau tidak terlibat dalam rakaman video berkenaan.

Artikel Berikut

Artikel Lain