Polis Tahan Empat Lelaki Bantu Siasatan Kes Samun, Bunuh - Semasa | mStar

Polis Tahan Empat Lelaki Bantu Siasatan Kes Samun, Bunuh

KUALA LUMPUR: Empat suspek ditahan dipercayai mempunyai kaitan dengan kematian seorang lelaki yang cedera parah dalam kejadian samun di PPR Batu Muda, Jalan Ipoh, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy berkata dalam kejadian 9.15 malam itu, mangsa yang sedang tidur di kaki lima di kawasan berkenaan didatangi tiga lelaki dan terus memukul mangsa.

"Suspek yang menaiki kereta Iswara Aeroback telah memukul mangsa menggunakan kayu, kerusi plastik dan mengacukan pisau panjang ke arah mangsa.

Dalam kejadian itu, mangsa cedera di kedua-dua belah tangan dan telinga kiri.Suspek turut melarikan telefon bimbit jenis Nokia, kad pengenalan dan wang tunai RM50, katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Munusamy berkata mangsa berusia 39 tahun dan merupakan seorang penganggur itu rebah dan meninggal dunia di atas jalan raya berhampiran Kondominium Casa Idaman, Jinjang ketika dalam perjalanan ke balai polis Jinjang untuk membuat laporan, selepas mendapatkan rawatan di hospital.

"Mangsa ketika mendapatkan rawatan di hospital, sempat memberi keterangan kepada polis dan berjumpa ibunya," katanya.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berumur 32 tahun dan merampas sebuah kereta jenis Wira Aeroback yang menggunakan nombor pendaftaran palsu dan hasil soal siasat, tiga lagi lelaki berusia lingkungan 18 hingga 31 ditahan, katanya.

"Salah seorang suspek mempunyai rekod mencederakan orang mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan kesemuanya ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh," katanya.

kes samun , bunuh , PPR Batu Muda

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Guardiola bakal tinggalkan City?