Sekolah Luar Bandar Juara Anugerah Inovasi Muda - Semasa | mStar

Sekolah Luar Bandar Juara Anugerah Inovasi Muda

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) bergambar bersama para pemenang yang terdiri daripada murid sekolah rendah pada Malam Budaya Cipta bersempena Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-26 (ITEX) 2015 pada Jumaat.

KUALA LUMPUR: Mimpi jadi kenyataan. Itulah yang disifatkan oleh dua buah sekolah luar bandar selepas diumumkan sebagai pemenang pingat emas pada Malam Budaya Cipta bersempena Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-26 (ITEX) 2015, pada Jumaat.

Sekolah luar bandar itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Abdul Kadir (SMKHAK), Pulau Pinang dan Sekolah Kebangsaan Sungai Udang (SKSU), Melaka masing-masing diumumkan sebagai pemenang pingat emas bagi Anugerah Inovasi Muda kategori sekolah menengah dan rendah.

Menurut ketua pasukan SKSU, Nur Irrina Balqis Mohd Farris, 10, dua rakan iaitu Danial Hakeem Akmal, 12, dan Sumaiyyah Nadhirah Mohd azmi, 10, serta dirinya tidak menyangka akan memenangi pingat emas kerana ini merupakan kali pertama mereka menyertai pertandingan peringkat antarabangsa.

"Ini kali pertama kami menyertai pertandingan ini dan berasa sangat terkejut apabila dinobatkan sebagai pemegang pingat emas.

"Lebih mengejutkan lagi, produk rekaan kami hanyalah produk 'simple' dan tidak sangka rekaan tersebut berjaya menandingi pasukan lain yang pada masa sama memberi saingan hebat," katanya ketika ditemui mStar Online selepas diumumkan sebagai pemenang pingat emas di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan.

Tambahnya lagi, produk yang diberi nama 'My Cute Box Made From Recycle Bottle' itu mendapat inspirasi apabila pihak sekolah menyatakan masalah yang berlaku pada masa sekarang.

"Rekaan kami ini adalah sebuah produk yang boleh bertukar-tukar kepada pelbagai kegunaan seperti meja, kerusi, dan semuanya dihasilkan menggunakan botol terpakai.

"Kami mendapat inspirasi apabila pihak sekolah mencari masalah yang dihadapi oleh produk yang sedia ada, dan dari situ kami berjaya mencipta sebuah produk yang lebih 'simple' dan mesra alam," katanya.

Pelajar darjah empat tersebut turut menyampaikan hasrat untuk menyertai pertandingan berkenaan pada masa akan datang disamping turut memberitahu bahawa kemenangan mereka sedikit sebanyak dapat membantu pihak sekolah dari segi kewangan.

"Sudah tentu kami akan menyertai pertandingan seperti ini lagi pada masa akan datang dengan produk baharu, malah pada masa sama kemenangan kami dapat membantu pihak sekolah menambah sedikit sumber kewangan," jelasnya.

Sementara itu, ketua pasukan SMKHAK, Muhammad Akif Hamizul berkata, pasukannya yang terdiri daripada Muhammad Annas Elias dan Muhammad Haziq Haikal Hadzrani turut teruja selepas diumumkan sebagai pemenang pingat emas.

"Sebaik sahaja nama kami diumum, kami berasa amat teruja kerana terdapat sekolah dari seluruh negara memberikan saingan dengan menghasilkan rekaan yang hebat," katanya.

Pelajar tingkatan tiga SMKHAK itu merasakan produk mereka,'Kapok Coolshade' mendapat perhatian pihak juri kerana ia  memenuhi kesemua kriteria juri serta membuktikan kebolehannya dengan mengeluarkan haba dari dalam kereta.

"Kami menghasilkan produk yang sangat memberi kesan terhadap pengguna pada zaman sekarang dan 'Kapok Coolshade' adalah salah satu produk yang belum ada di pasaran malah mudah digunakan," katanya sambil memberitahu bahawa mereka bercadang akan memasarkan produk tersebut dengan harga mampu milik.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap berkata, kerjasama erat antara pihak kerajaan, industri dan akademik akan dipertingkatkan menerusi pelbagai platform termasuk Jaringan Penyelidikan Awam-Swasta (PPRN), Sirim-Fraunhofer dan PlaTCOM Ventures Sdn. Bhd (PlaTCOM).

"Menerusi platform-platform ini, syarikat-syarikat swasta akan mendapat akses kepada teknologi terkini dan membawa hasil kajian ke pasaran. Untuk inisiatif ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta," jelasnya.

SMKHAK , SKSU , Anugerah Inovasi Muda

Artikel Sebelum

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL